Saturday, November 8, 2008

Satu hari ini.

Hari ni kan,
(well actually malam tadi) saya balik lambat. Paling lambat lah. Sampai rumah pukul 2.18 a.m. Kena marah dengan Ayah. Rasa sangat bersalah sebab ayah dah pesan sebelum pegi ''jangan you duk balik lambat. Anything can happen''.

Hari ni kan,
Takboleh tidur. Sebab rasa bersalah sangat. Masuk rumah senyap-senyap macam pencuri. Nak terus masuk bilik tapi ayah tunggu kat atas. Dia kata saya bau rokok pastu masuk tidur. Mesti ayah salah faham sebab muka dia kecewa.

Hari ni kan,
Bukak computer, Dia online! Rasa cam nak mengadu. Bagitau Dia semuanya sebab Dia tau macamana to make it all better. Tapiii.. tahan je. Bukak small talk aja. Tak cakap banyak. Dia sibuk buat assignment mungkin. Rindu lah kat Dia.

Hari ni kan,
Dah kali keempat Dia muncul dalam mimpi saya. Tiba-tiba pulak tu. Isk. Tapi saya terimaa. Itulah setakat yang termampu.

Hari ni kan,
Bangun pukul 11.15 pagi. Aduih. Baru ingat nak make it up to my parents. Basuh toilet, tolong didapur ataupun sekadar teman pergi breakfast. Tapi tak tercapai. Pasti mereka kecewa sama saya.

Hari ni kan,
Sebelum lunch tadi, turun ke dapur, tanya mama ada apa perlu tolong. dia kata takde dah. Semua selesai. Terdiam. Mama boleh buat semuanya sendiri. Isk kejilah saya tak membantu sikit pun. Tambah terharu bila mama cakap dia masak kuah ketam. Mama tahu saya suka makan kuah ketam.

Hari ni kan,
Masa tengah makan, ingatkan time tu lah ayah dan mama nak fire saya. Tapi sikit pun tak bukak mulut. Ayah senyap aja. Mama buat macam biasa. Mungkin mama tak tahu saya balik pukul berapa semalam. Jelas ayah kecewa. Tak pandang muka saya pun.

Hari ni kan,
Ingat nak pergi UK edufair tapi segan pulak nak keluar lagi. Lagipun takde orang nak teman. Teringin juga nak tunjuk muka kat admission officer University yang saya mohon. Mana tau dia tgk ''oooh this girl is very enthusiastic about the university. Lets offer her a place!" :) Tapi, terbantutlah sikit hasrat.

Hari ni kan,
Dah takde apa nak buat. Kebetulan eric ajak study kat library. Duk terkenang yang exam hari Isnin, maka pergilah. Eric jemput. Tapi pakcik guard kerek gila. Non-member boleh stay sejam je. Ek eleh, COMMUNITY LIBRARY lahh! untuk UMUM.

Hari ni kan,
Dapat cakap dengan Along kat ym. Along baru pegi liverpool dengan K.Amy and
auntie Tosiah (mak K.Amy). Along belikan saya t-shirt 'The Beatles' sebab pegi museum Beatles kat sana. Nanti dia kirim kat Maklong bila dah nak balik. Dia mintak hantar belacan, dengan popadom! Macam-macam. Baik duk Msia je kalau makan nak demand. haha

Hari ni kan,
Clash of the Reds. MU lawan ArSengal. *maaf kalau terasa*. Tapi malang tak berbau. MU tumpas 2-1. BUDUHH!! Sakit hati aja keluar. Baik duk rumah STUDY.

Hari ni kan,
Saya sakitkan hati kawan. Saya tipu dia. Tiada niat nak tipu tapi keadaan tak membenarkan. Believe me, I had your best interests at heart. I'm sorry. No excuses. Just sorry.

Hari ni kan,
Untuk pertama kalinya, I feel like I'm a disappointment to everyone. To ayah, to my friend, to myself.
Saya tidaklah sempurna dan ini bukanlah the highlight of my adolescent life. I hope its just a phase and will run its course. Saya tidak suka dikecewakan apatah lagi mengecewakan.

"Maafkan bila ku tak sempurna".

2 comments:

ieka zazili said...

series of unfortunate events :p gila interesting membaca!

Anonymous said...

the sequences of things happened are quite interesting, however, miserably.
wey this is me everyday kot.
heh
;/