Hati ni rasa gelisah je. Macam ada je yang tak kena hari-hari.
Maka, duk sorg-sorg depan laptop, ku pon berpikir,
Terasa lama sangat lidah tak sebut kalimah-kalimah Quran. Memang hati teringin tapi ada saja yang menghalang. Alasan. Itulah terutamanya. Kalau lepas solat tuh, kadang-kadang MEMANG nak angkat Kitab suci, tapi duk pikir nak siapkan homework lah, pegi lunch sebab perut dah bunyi lah, konon nak tangguh lepas solat isya'. Nak dapat kekhusyukan. Alang-alang dah take 5 lepas buat homework, pon lelaplah atas katil. Isya' pon sekali terlepas.
Tapi dok pikir-pikir, baca Quran dapat ketenangan. Dapat pahala. Setiap huruf yang kita sebut, satu pahala. Rugi jugak. 5 minit kalau dapat satu page pun untung. Tapiii.. kenapa masih tak dapat kekuatan diri nak luangkan SIKIT je masa. Kalau berhuha dengan rakan-rakan, 5 minit tak cukup.
Satu lagi yang ku terpikir. Everyday lepas solat, ku minta Allah ampunkan doaku, member ku serta umat Islam keseluruhannya. Ku minta dimurahkan rezeki. Ku minta dijauhkan dari bala bencana. Ku minta Allah buka kan hatiku, dan lembutkan hati Dia. Setakat ni apa yang ku minta semuanya Allah kasi secara terangan atau sembunyi. Tapi ku jarang ucap terima kasih. Minta-minta aja tak pernah nak memberi. Jarang bersedekah dengan ikhlas. Kadang-kadang kasi duit setakat nak halau org yang minta. aduhh hina pulakkk diri ni.
Sebelum ni pernah jugak terpikir nak berubah. Tapi hakikatnya susah. Sangat susah. Kalau mulut lain hati lain, tak bergerak juga. Nampaknya kene basuh hati dulu baru kita boleh cakap. Haihhhh.
Macam mana lah nak buat ni? :S
2 comments:
manusia memang senang alpa
insafi diri ini..
tq for sharing :)
Post a Comment